Monday, April 15, 2013
Monday, April 8, 2013
laporan perjalanan Art Of Noise 3
Untuk show Art Of Noise, kami bergerak dari rumah Spanky di
Ulu Klang jam 2.30 pagi. Sepanjang perjalanan kami banyak berhenti dan rilek-rilek
jadi kesudahannya sampai ke JB jam 7 pagi. Kami dah plan dan juga diajak oleh
Fahmy Embrace Hall untuk lepak dan tidur di sana. “Boleh jamming” katanya. Kami
terus tidur dan aku terjaga kira-kira jam 10.30 pagi, sakit perut lalu ke bilik
air. Fahmy takde sebab dia bekerja. Lepas tu aku dah tak boleh tidur. Aku belek
zine-zine lama yang banyak kat situ dan yang aku baca adalah zine Tolloi dan
Sadis. Jam 11 lebih, Fael pun bangun.
Kami kejut yang lain untuk jamming. Jam 2 pm kami semua siap mandi dan terus
mengisi perut dan sampai ke venue jam 3 petang.
Ramai crowd di gig ni. Mungkin sebab gig campur secara
muzikal dan stail. Dah lama tak ke gig yang ramai macam ni ataupun memang aku
yang dah jarang pergi gig. Aku tengok beberapa band dan pilih-pilih lagu. Masuk
ke dewan kejap-kejap sebab sibuk jaga barangan jualan. Terima Kasih pada semua
yang memenuhi ruang dewan dan nyanyi bersama time DDT main. JB crowd memang
terbaik. Tapi ramai juga yang datang berbual dengan aku yang bagitahu mereka
datang dari jauh. Dari Kuantan, Temerloh pun ada. Sanggup bermalam di CT Plaza
semangat punya pasal.
Jam 2 pagi Second Combat tamatkan set mereka sebanyak tiga
lagu dan kami tak mampu nak tunggu sampai gig tamat. Jadi, kami pergi ke pasar
karat tapi semua gerai dah tutup. Dah penat sangat, kami terus balik ke KL…aku tidur sepanjang perjalanan.
Art Of Noise 3 antara gig yang paling seronok pernah kami
sertai. Terima kasih pada Lan, Chubby, Aizam, Keyrol dan crew-crew lain tak
sempat tanya nama atau lupa.
Posted by
nizang
at
10:56 PM
1 comments
Labels: Gig report, Notes
Tuesday, March 12, 2013
Idea lirik 1
Ok ke kalau ini dijadikan lirik? Sila komen...Terima Kasih.
Ligat ligat otakmu ligat
Mencari jin, hantu, dan pontianak
Ambil kesempatan pada yang terdesak
Bomoh penipu kau memang lahanat
Jampi serapah kau memang sampah
Mambang air, api, mambang tanah
Kalau sakit sediakanlah pengeras
Ayam hidup untuk jin lapar darah
Sakit dan sembuh tuhan yang kurniakan
Bukan jin, mambang, hantu dan syaitan
Bangkit dan sedarlah kita wahai insan
Perkara syirik ni buang dan lupuskan
Hentikan manipulasi agama
Untuk wang ringgit dan nama
Untuk faedah dunia semata
Untuk membodohkan manusia
Posted by
nizang
at
5:57 PM
1 comments
Labels: lyrics
Monday, March 4, 2013
Finally released: Aksi Reaksi 2 book
Bulan Januari 2012 lepas, kawan kami Zulhabri (Pekan
Frinjan) ada terbitkan buku kami Aksi Reaksi sebanyak 100 salinan. Buku
tu dah lama sold-out. Lepas tu harini, dengan bantuan Anuar dari Perak
Alternatif Press & Distro, kami terbitkan 500 salinan buku Aksi
Reaksi 2. Kalini isi dah ditambah dan dikemaskini. Juga ada prakata oleh
Hishamuddin Rais Tukar Tiub. 110 muka surat bersaiz A6 (sesuai utk
traveller masukkan dalam poket). Ikuti perjalanan band ni, asam garam,
naik turun, pengalaman kami dan juga sikit sebanyak perihal scene punk,
hardcore, indie, seni, politik, muda-mudi tempatan. harga RM15 (tambah RM5 untuk pos ekspress). sms 0179639316 (nizang).
Posted by
nizang
at
12:25 AM
0
comments
Labels: Consume, News, where to buy the CD?
Wednesday, February 13, 2013
Punk Invasion, Rumah Api 2nd March
Posted by
nizang
at
7:00 PM
0
comments
Labels: Gigs / Events, News
Monday, February 4, 2013
AIMAN (1989-2013)
One of the DDT’s founding member,
Aiman who played the drums (since we begin in 2007 until Feb 2010) passed away last night
at 9.30 pm. He was hospitalized for six days for having breathing problem and
supposed to undergo biopsy today. Many friends paid a visit until 1.30 a.m last
night at two hospitals in KL city. He’s been buried today at Taman Selasih
Muslim Cemetary in Gombak this morning.
He composed the song ‘Merdekakah
Kita’, as well as many other tunes with bands he fronted; Civil Disorder (before DDT),
The FRU, Swampy Zombie Fever and also played drums in M.A.N. He’s also one of
the shitworkers at Ricecooker Shop (DIY music/art shop in KL) for quite some
time. He published an issue of Aliens Nations zine with a friend, Hazim. He has also drawn artworks for several gig flyers and covers for his bands' demo CDs.
R.I.P, Al-Fatihah Mohd Atiff Aiman.
Aiman, seorang cobain-like person.
Dia pernah nyatakan hasrat supaya kisah hidupnya yang berliku perit dibukukan
seperti Cobain. Aku tak mampu menulis buku tentangmu. Tapi akan aku dedikasikan
buku tulisanku untukmu. Kerana kamu pernah mewarnai hidup aku dan kami. Sejak
akhir-akhir ini, kami agak 'dingin' di alam maya kerana sedikit perbezaan
pendapat. Maafkan aku kawan. Bagi aku, tak perlulah aku kenali Cobain, cukuplah
aku pernah kenal kamu Aiman. Aku tahu kamu hidup dalam serba kepayahan. Moga
kamu bertemu ketenangan. Amin.
Posted by
nizang
at
9:38 PM
7
comments
Sunday, February 3, 2013
Week Without Violence #2
Posted by
nizang
at
11:47 PM
0
comments
Labels: Gigs / Events, Gossip, News
Subscribe to:
Posts (Atom)




