Tuesday, April 5, 2016

Dum Dum Tak di Sabah, bah!




Sebenarnya dah lama sangat Dum Dum Tak ingin ke Lahad Datu (LD). Banyak kali organizer di sana ajak kami ke sana, ramai budak-budak di sana membeli produk-produk kami dengan kaedah pos. Memang kami sedar, di sana ramai yang sukakan lagu-lagu kami berbanding negeri dan daerah lain di seluruh Malaysia. Joy dari Kerna Dia/Gerodok telah menghubungi kami untuk beraksi di sana sejak 2014 lagi, begitu juga dengan Hijrah dari Tawau. Masalahnya kami selalu tak cukup duit dan sibuk dengan komitmen kerja/keluarga. Aku masih ingat tahun lepas, arwah isteri aku ada cakap…tahun 2016 DDT akan ke Lahad Datu. Rupanya betul katanya itu. Segala kos penerbangan, penginapan, makan, minum sehingga ke rokok ditanggung oleh pihak organizer di LD dan Tawau. Kalau boleh, satu sen pun organizer taknak kami keluarkan dari poket sendiri. Memang terbaik organizer di sana, Berani Muntah.
 
Ketika pemeriksaan sebelum masuk dalam perut kapalterbang, Fael sangkut. Polis airport tu memeriksa seluruh badannya dah macam apa aku tengok. Berdebar juga aku kot-kot dia bawa pistol. Rupanya dalam kocek dia ada anak kunci. Bila dah dalam kapal terbang, Nakid suruh aku baca doa dan sekali lagi dia suruh baca doa bila kapal terbang mula bergerak, haha…




SANDAKAN-KINABATANGAN


Kami tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira jam sembilan pagi. Pihak Berani Muntah iaitu Joy, Hasbi dan Tobeng telah pun menunggu kami. Tapi yang lebih mengharukan kami, tiga orang yang datang dari daerah Karamunting juga turut menunggu kami iaitu Boy dan dua rakannya. Boy datang ke airport dengan menaiki bas yang mengambil masa selama sejam untuk bertemu kami. Dia tak dapat datang ke gig di Lahad Datu esok kerana ianya jauh (dua jam dari Sandakan) dan juga kekurangan duit. Dia turut membawa beberapa CD, zine Mosh dan baju DDT untuk kami tandatangan. Aku dan Nakid mengambil peluang mencuba makanan Sabah iaitu Burasak, rupanya macam pulut berwarna kuning dan dibalut dalam daun. Aku makan dengan lauk daging kicap, layan.


Seketika kemudian, Fadzil dan Din dari band Armados tiba. Fadzil adalah wakil Berani Muntah yang menghubungi kami untuk bermain di Voice Of Bornneo part 3 ini. Dia mengambil alih menjadi penganjur dari Joy. Joy sebenarnya merupakan seorang polis dan dia pernah dicop menganjurkan perhimpunan haram untuk siri gig Voice Of Bornneo yang lalu. Selesai kami makan, Boy ambil peluang untuk membeli beberapa merchandise dari kami iaitu button badges. Kami ambil peluang beri mereka sticker secara percuma kerana usaha gigih mereka datang berjumpa kami. 




LAHAD DATU


Kami meneruskan perjalanan ke Lahad Datu dimana kami akan bermalam dan main gig keesokan harinya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam, tapi kami berhenti dulu di pertengahan jalan iaitu di Kinabatangan yang popular dengan kenyataan wakil rakyatnya, Bung Mukhtar. Kami dikenalakan dengan suku kaum ‘orang Sungai’ yang dikatakan gadisnya cantik-cantik. Kami juga mendengar cerita tentang Joy, Din dan beberapa rakan mereka yang turut aktif dalam aktiviti mengubat orang yang kena gangguan makhluk halus menggunakan teknik bacaan ruqyah. Wah, respek juga dengan mereka ni.


Sesampai di Lahad Datu, kami singgah di kedai percetakan baju milik Joy. Ada beberapa rakan nak beli tiket pre-sale dan t-shirt gig. Di sebelah kedainya pula adalah kedai isterinya yang menjual aksesori wanita dan kanak-kanak perempuan kalau tak silap aku. Lepas tu bermula sesi makan. Aku makan nasi ayam penyet. Sepanjang di Sabah, aku tengok makanan yang popular adalah ayam penyet dan nasi lalap. Pisang cheese juga sangat popular di sini, merata kedai jual dengan harga RM4. Sebelum ke Sabah aku tak pernah hayat makan Pisang Cheese ni. 


Ketika makan, kami diberitahu salah seorang crew Berani Muntah telah mengalami kemalangan motorsikal. Kami ambil keputusan untuk pergi melawatnya di wad. Sebelum itu, kami pergi ke homestay dulu. Homestay ni terletak bahagian atas lot kedai. Ada empat bilik dan di tengah macam ruang tamu. Setiap bilik ada TV dan bilik air. Memang cukup selesa dan dikatakan hanya RM350 sewanya untuk satu malam. Pyan Gerodok tiba di homestay. Beliau merupakan orang yang aku kenal melalui facebook, dan aku kenal sebagai composer lagu yang agak terkenal iaitu ‘Bulan 8 Di Sandakan’. Tak sangkan pula, dia juga merupakan imam masjid yang baru sahaja mengimamkan solat jumaat di masjid tengahari tersebut. Dia juga merupakan ustaz dan mengajar Fekah di sebuah sekolah agama rendah. Memang seronok berborak dengan dia ni cakap pasal band lama-lama macam Carburetor Dung dan The Pilgrims. Gerodok antara band punk yang aku suka dari Sabah sejak aku dengar split CD mereka bersama satu lagi band punk Lahad Datu, Kerna Dia. Selepas mandi dan salin baju, kami dibawa ke hospital Lahad Datu untuk melawat Sharul Nizam. Tulangnya retak di bahagian depan celah kangkang. Ironinya, dia sebenarnya sedang kerja praktikal di wad yang sedang dia duduk sekarang. Dia baru pulang dari kerja semasa berlaku kejadian kemalangan tersebut. Ketika itu juga Pian datang, dia ni pernah memesan beberapa zine dan CD dari aku menggunakan pos sebelum ini. Dia baru belajar cetak patches dan banyak yang dibawa untuk dijual di gig esok dan lusa.





Malam itu, band skinhead Domination 69 dari Sandakan tiba dan juga tinggal di homestay yang disediakan penganjur tersebut. Kagum juga aku dengan skinheads ni, malam sebelum nak perform di gig sanggup botakkan kepala walhal masa mula jumpa ada beberapa yang berambut lebat. Kami beramai-ramai ke kedai makan dan dibelanja ikan bakar dan sotong goreng oleh Joy dan crew Berani Muntah. Malam itu, A.P datang. A.P ni aku kenal dari Mamel yang pernah bekerja di Shah Alam 2-3 tahun lepas. A.P juga pernah datang ke Shah Alam untuk membeli CD dari aku ketika dia datang ke Shah Alam. Kami selalu juga berhubung melalui facebook. Rupa A.P ni macam Nicholas Saputra woi. Malam tersebut juga aku berkenalan dengan ahli band Peligrosos yang sudah mula bergabung sejak bangku sekolah. Gitaris mereka, Ayen memberitahu sejak mula menubuhkan band pada 2009 memang mereka terpengaruh dan banyak main lagu-lagu Dum Dum Tak. “Tak sangka pulak sekarang lepak bersama Dum Dum Tak”, katanya. Vocalist mereka, Saiful sedang menuntut di Terengganu dan sanggup balik ke Sabah bila diberitahu DDT akan datang Sabah. Terharu aku, aku menantikan rakaman lagu Peligrosos!



Macam biasa, malam sebelum nak main gig kami baru nak jamming. Kami dibawa ke studio jamming yang dikendalikan oleh sepupu Joy. Barang di studio ini juga yang akan digunakan untuk gig keesokan harinya. Selepas kami jamming, Domination 69 pula yang mengambil giliran. Ketika sedang lepak-lepak di luar studio itu, beberapa biji kereta sampai. Mereka adalah crowd dari Kota Kinabalu yang turut membawa ahli band Take Me Away. Band ini turut dianggotai oleh Ray Amar Beez, orang Melaka yang menetap di KK dan bekerja sebagai kelasi. Mereka juga turut bermalam di homestay yang sama. Kami ambil keputusan untuk balik dan tidur dulu, badan dah penat. Malam itu juga aku bertemu dengan Firdaus, editor zine Doomsday Troops yang aku kenali dengan kaedah zine-trading.





Keesokan paginya, Fadzil datang membawa satu periuk nasi kuning. Dia memang menjalankan perniagaan nasi kuning yang dikatakan sangat laku dan sold-out tiap pagi. Nasi kuning ni lauknya macam nasik lemak Terengganu, pakai ikan tongkong. Aku tak sempat makan nasi kuning, bila aku bangun je tengok periuk dah licin. Itulah ruginya bila bangun lambat dan liat, namun Fadzil bawa sebekas bungkusan nasi kuning dan nasi lemak ke tempat gig dan itulah santapan tengahari aku. Air bandung juga dibawanya dan diminum oleh pengunjung-pengunjung gig secara percuma.




Selepas mandi dan bersiap, kami terus dibawa ke venue gig iaitu di Bandar Sri Perdana, sama kawasan kami menginap juga. Band pembuka adalah band Fadzil dan Din. Apa yang aku nampak, di Lahad Datu ni ramai budak dan band Skinhead. Aku sempat tengok kesemua band sambil-sambil jual stuff di luar venue. Venue untuk gig harini sebenarnya adalah sebuah restoran. Restoran ini disewa dan semua meja kerusi telah dialihkan. Antara band yang perform adalah Armados (band adik-beradik; Din, Ayen dan Rino serta sepupu mereka Rey yang pertama kali ‘masuk gig’). Pack! Man adalah band yang datang dari Keningau dan dianggotai oleh Agus. Agus banyak buat artwork dan design untuk poster gig di Sabah termasuklah design cover buku Punk Rock. Showmanship yang bertenaga.


Gig Voice Of Bornneo Vol. 3 ditutup dengan band punk lagenda Sabah iaitu Gerodok. Band ini telah mula bermain bersama sejak 1989 dan dikatakan band underground pertama di Sabah. Terdiri dari Pyan, Mamet, Tiam dan Joy. Joy dulunya merupakan ahli Kerna Dia tapi telah diserap ke dalam Gerodok sebagai vokalis dan gitaris. Nak menangis aku bila mereka memainkan lagu ‘Bulan 8 di Sandakan’, hehe.


“Gig ni memang bes, …tapi ramai pencuri…pencuri microfon.” kata Joy.


Selesai gig, kami dijamu dengan nasi goreng dan ABC special. Special betul ABC kat sini, ada taruk macaroni. Tak pasti pula aku ini adalah kebiasaan di Sabah atau hanya di kedai ini. Apa yang lainnya kedai mamak di Sabah ni, pekerjanya hampir semuanya perempuan melayu. Kalau di Kuala Lumpur, kebanyakan pekerja di kedai mamak adalah lelaki dari India aku rasa.


Malam itu di homestay, aku didatangi oleh seorang skinhead dari Kuching yang aktif di era awal 90an. Namanya Awang dan dia duk asyik tanya aku kenal tak orang ni, kenal tak orang tu, kenal tak mamat ni, kenal tak skinhead tu. Sampai aku naik pening juga sebab hampir semuanya aku tak kenal. Kenalan dia yang aku kenal hanyalah Usop, seorang skinhead dari Terengganu. Hehe, kelakar juga Awang ni…Kidd dan Spanky melayan berborak dengan dia sampai pagi.





TAWAU

Pagi Ahad, aku sekali lagi terlepas untuk makan nasi kuning dari dalam periuk, namun Fadzil datang kembali dan bawakan bungkusan-bungkusan nasi kuning untuk mereka yang tak sempat makan tadi. Lewat juga kami bertolak ke Tawau. Joy beritahu dia balik rumah jam tiga pagi dan bangun pukul 6 pagi untuk cetak baju Gerodok dan Dum Dum Tak untuk dibawa ke Tawau. Aku naik kereta bersama Joy, Mamet dan Rei. Kami pergi ke airport Tawau dulu untuk membeli luggage dan aku sempat melalui daerah Kunak.



Kami sampai ke venue gig kira-kira jam empat petang. Gig telah pun dimulakan seawal 12 tengahari. Venue gig ni adalah di sebelah sebuah café yang bernama Rumah Lama café. Kami dibawa ke dalam café yang sangat cantik di pandangan mata aku. Dinding dan silingnya diperbuat dari papan yang tidak dicat, nampak macam kedai di pekan koboi. Kami dijemput untuk pesan makanan dan minuman namun kesemua dari kami buat keputusan untuk minum saja dulu. Gig diteruskan dengan band No Excuse, sebuah band streetpunk dan juga band Regained. 




Untuk set kami di Tawau ni, ada seorang budak tempatan yang mengetuk dram untuk dua lagu pertama, 'Pergi Mampus' dan 'Suara Kami'. Dia dah kontek kami awal-awal di FB nak main dram untuk lagu 'Pergi Mampus', minat sangat dengan lagu tu katanya.

Sepatutnya ada tiga buah band dari Lahad Datu yang datang bersama kami beraksi pada hari tersebut iaitu Peligrosos, Armados dan Gerodok. Namun, kerana venue hanya boleh dipakai sehingga jam 6…ketiga-tiga band ni tak sempat membuat persembahan. Ada majlis lain di venue yang sama pada malam tersebut. Sejuk tengok budak-budak punk bermohawk, berjaket dan berpatches sama-sama menyapu sampah dan membersihkan kawasan gig selepas tamat set kami. Sessi bergambar memang takkan putus-putus sejak semalam lagi.
 


Malam tersebut kami makan di tempat yang dipanggal ‘highway’. Aku mencuba nasi lalap, aku rindukan nasi lalap! Sajiannya adalah nasi kosong dan dimakan bersama dua ketul ayam semacam ayam KFC, tempe, sayur timun dan kacang panjang. Orang di sini cakap KFC tu sebenarnya tiru ayam nasi lalap, entah aku pun tak tahu nak percaya ke tak. Ketika lepak di sinilah, Hijrah tiba. Dia kerap kali berhubung dengan kami untuk DDT bermain di Tawau sebelum ini. Namun masa kami perform di Tawau tadi, dia tak dapat datang sebab ada kematian. Die lepak bersama kami sepanjang malam tersebut hingga ke pagi dan hingga kapal terbang kami berlepas keesokan harinya. 






Kami dibawa ke tempat tidur malam tersebut iaitu di Sutra Inn di kawasan yang dipanggil ‘fajar’ kalau tak silap aku. Waktu ni antara yang paling menyayat hati kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada budak-budak Lahad Datu. Ada juga beberapa orang yang menangis bila masa untuk berpisah dengan kami dan kalau boleh taknak lepaskan kami pulang. Budak-budak Sabah memang baik dan mesra. Terharu betul…InshaAllah kami akan kembali ke Sabah kelak.



Lepas mandi malam tu, kami dibawa oleh Hijrah dan Din ke ‘highway’ sekali lagi dan kali ni kami makan daging payau (rusa), udang dan satu lagi aku dah lupa namanya tapi seakan siput sedut. Saiful Peligrosos turut datang lepak. Dua ahli band No Excuse yang aku lupa namanya juga turut lepak di hotel bersama kami malam tersebut.




Isnin pagi, Saiful Peligrosos datang ke hotel untuk menghantar kami ke airport. Kerana ada sedikit waktu terluang, aku ambil peluang untuk curi masa membeli ole-ole untuk bawa pulang. Tak sedap pula pergi jalan jauh tak bawa balik buah tangan. Saiful membawa aku ke pasar dan aku membeli keropok amplang. Kata Saiful, amplang ni memang signature di Sabah, tak dijual di tempat lain. 


Kami ke airport Tawau menaiki dua kenderaan jenis 4x4. Turut bersama kami adalah Pian, Saiful, Boy, Hijrah dan dua ahli No Excuse. Seperti ditulis tadi, Hijrah tunggu di lapangan terbang sehinggalah kapal terbang kami take-off. Terima kasih banyak Hijrah.

Dua hari di Sabah, walaupun singkat…sangat memuaskan hati. Kami akan kembali, banyak lagi tempat yang belum sampai terutamanya Kota Kinabalu, Keningau dan Kundasang. Terima kasih Sabah atas sambutan hangat kalian…aku rindukan kamu semua.









Tuesday, March 22, 2016

DDT goes to Sabah

It's been awhile since we posted anything on this blog...well guess what? We're going to play two shows in Sabah this weekend! See you guys there! Pray for our smooth journey!!!



Wednesday, December 10, 2014

Dum Dum Tak di Melaka Disember 2014



Dum Dum Tak dijemput untuk beraksi di UTC Melaka pada 7 Disember 2014. Oleh kerana seorang kawan baru buka café di Jasin, aku beritahu yang aku akan singgah di cafenya semasa kami ke Melaka. Alang-alang aku ke sana, dia cadangkan untuk mengadakan sessi diskusi untuk apa-apa topic. Takde persiapan yang dibuat, terjah dan belasah aje. 

Pada 6 Disember, kami tiba di Corm café agak lewat kerana jalan jam teruk. Setibanya kami di Corm, aku dapat lihat ada yang pakai baju KLZF2013 dan ada yang pakai baju Aksi Reaksi. Waah, agak terharu juga dengan sambutan ni. Selepas berbincang, kami mulakan sessi diskusi seputar tajuk ‘DIY’. Kami diberitahu kebanyakan peserta merupakan penggerak Buku Jalanan Bandar Melaka. Spanky dan Nakid ambil keputusan untuk bersama peserta lain dan hanya Nizang dan Fael menjadi panel diskusi. Banyak soalan-soalan yang dilontarkan terutama oleh tokey Corm Café sendiri, saudara Hafidz. Nampak sungguh bahawa beliau ambil berat tentang komuniti di Jasin dan Melaka. Itu antara sebab dia mulakan café tersebut, untuk menjadi platform komuniti dan tempat bertukar-tukar pendapat, mungkin. Setelah selesai diskusi, kami mainkan tiga lagu secara akustik. Kemudian kami dijamu dengan oglio olio yang sungguh enak! Power!

Kami dipelawa untuk lepak di Corm aje sampai esok hari. Keadaan sangat selesa dan sejuk. Tapi kerana segan, kami ambil keputusan untuk ke Bandar Melaka memburu bilik hotel. Keadaan sangat sesak macam pukul 8 walaupun dah jam 1 pagi. Kereta penuh di jalan sampai triple parking. Kata orang Melaka ini permandangan biasa di sana pada hujung minggu. Tambahan pula sekarang musim cuti sekolah. Hotel banyak yang dah penuh. Semasa kami sedang mencari bilik hotel, kami dihampiri oleh seorang penunggang motorsikal yang mengatakan dia ada bilik hotel dan menyuruh kami ikut dia. Dia membawa kami ke sebuah hotel di bangunan rumah kedai.  

Dua orang dari kami ikut dia untuk meninjau bilik dan kawtim harga. Mereka kata bilik okey, dan harga RM100. Kami setuju, dan selepas membayar harga bilik hotel kami pergi ke tempat semacam bazaar “uptown” di Bandar Melaka. Kami sebenarnya nak mengeteh tapi tiada kedai makan berhampiran bazaar tersebut. Sebelum balik, semasa hampir tiba di kereta. Kami disapa oleh seorang peniaga. Rupanya dia merupakan seorang kenalan yang aku selalu berhubung di facebook dan sering membeli barang secara atas talian. Dia memang full-time meniaga baju, jersi dan buku di situ. Buku-buku yang dia jual semuanya yang ada kaitan dengan bola sepak. 

Selepas berborak-borak kami ambil keputusan untuk balik ke hotel dan mengeteh di sebuah restoran mamak di bawah hotel tersebut. Rupa-rupanya bilik kami di hotel tersebut adalah di bahagian loteng bangunan tersebut. Untuk masuk ke bilik kami terpaksa memanjat tangga kayu tiga kali pusing dan ianya agak curam. Namun bilik ini dah diubahsuai dan cukup selesa, macam bilik hotel lain juga dengan dua buah katil queen size. Ada bilik air dan aircond sejuk. Tapi yang tak seronoknya hanya ada tiga bantal, dan tiada penambahan walaupun sesudah Nakid turun memintanya. Kesudahannya ada antara kami yang tidur berkongsi bantal.

Keesokan harinya bangun je dari tidur, destinasi pertama kami adalah Pantai Klebang dimana Spanky dah lama merancang untuk pergi minum coconut shake yang menurutnya sangat sedap. Memang sedap pun dan ramai gila orang. Kemudian hajatnya nak ke Jonker Walk tapi hujan sangat lebat, jam menggila dan juga banjir. Kami sampai ke tempat gig dan sudah ada seorang mat punk sampai. Dia datang dari Johor dengan menaiki motorsikal. Pergh, semangat gila. 

Oleh kerana gig bermula lambat lagi, kami ambil peluang jalan-jalan dulu untuk membeli buah tangan untuk keluarga di KL. Tapi hujan turun lagi dan terpaksa juga batalkan niat untuk ke Jonker Walk. Kami shopping complex beratap je. 


Crowd di Melaka memang gila! Gig ini diadakan di bangunan kerajaan iaitu Pusat Transformasi Bandar atau dikenali juga dengan nama UTC dan di tingkat 8 bangunan ini memang dikhaskan untuk aktiviti muzik dan kebudayaan. Ada jamming studio dan kata salah seorang penganjur, kadang-kadang mereka adakan gig di ruang legar tingkat tersebut yang kelihatan seperti ada bongkah-bongkah pentas di satu sisi. “Tapi kalini kami buat dalam studio. Small room pack kids”, katanya mengambil potongan lirik lagu Young And Dangerous.
Semasa set kami, crowd sangat menggila sampai stand mikrofon patah. Maaf pada pihak penganjur. Dan semasa di hujung set, Fael bertindak memeluk (group hug) crowd kerana terharu dengan sambutan tersebut. “Rasa macam karya kita dihargai”, katanya. Rupanya ramai yang hadir datang dari Johor. 



Lepas selesai semua persembahan band yang diakhiri oleh Killeur Calculateur, apa lagi…kami dibawa makan asam pedas claypot! Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan misi kami di Melaka; Crude Collective, Corm Café, Buku Jalanan Bandar Melaka dan semua yang hadir di kedua-dua acara ini.

PS: CD kami boleh didapati di Corm Cafe, Jasin. Support Your Local DIY Spaces!

Sunday, April 20, 2014

2 gig Ahad ini

 Siang
Malam

Tuesday, April 1, 2014

Dua Gig yang Bakal Kami Sertai

 
 
Kalau tiada aral melintang, kita jumpa di sana.

Tuesday, January 14, 2014

Touchdown 2014


Sunday, December 29, 2013

ALT HQ Year End Showdown


We're going to play this show. We got a surprise, since Spanky has a job to handle and will be out of state, we'll have a guess drummer. Who is he??? Come and find out yourself. We'll try to be at Dataran Merdeka as soon as the gig ends. See you at the frontline!!

TURUNKAN KOS SARA HIDUP!!!