Wednesday, December 10, 2014

Dum Dum Tak di Melaka Disember 2014



Dum Dum Tak dijemput untuk beraksi di UTC Melaka pada 7 Disember 2014. Oleh kerana seorang kawan baru buka café di Jasin, aku beritahu yang aku akan singgah di cafenya semasa kami ke Melaka. Alang-alang aku ke sana, dia cadangkan untuk mengadakan sessi diskusi untuk apa-apa topic. Takde persiapan yang dibuat, terjah dan belasah aje. 

Pada 6 Disember, kami tiba di Corm café agak lewat kerana jalan jam teruk. Setibanya kami di Corm, aku dapat lihat ada yang pakai baju KLZF2013 dan ada yang pakai baju Aksi Reaksi. Waah, agak terharu juga dengan sambutan ni. Selepas berbincang, kami mulakan sessi diskusi seputar tajuk ‘DIY’. Kami diberitahu kebanyakan peserta merupakan penggerak Buku Jalanan Bandar Melaka. Spanky dan Nakid ambil keputusan untuk bersama peserta lain dan hanya Nizang dan Fael menjadi panel diskusi. Banyak soalan-soalan yang dilontarkan terutama oleh tokey Corm Café sendiri, saudara Hafidz. Nampak sungguh bahawa beliau ambil berat tentang komuniti di Jasin dan Melaka. Itu antara sebab dia mulakan café tersebut, untuk menjadi platform komuniti dan tempat bertukar-tukar pendapat, mungkin. Setelah selesai diskusi, kami mainkan tiga lagu secara akustik. Kemudian kami dijamu dengan oglio olio yang sungguh enak! Power!

Kami dipelawa untuk lepak di Corm aje sampai esok hari. Keadaan sangat selesa dan sejuk. Tapi kerana segan, kami ambil keputusan untuk ke Bandar Melaka memburu bilik hotel. Keadaan sangat sesak macam pukul 8 walaupun dah jam 1 pagi. Kereta penuh di jalan sampai triple parking. Kata orang Melaka ini permandangan biasa di sana pada hujung minggu. Tambahan pula sekarang musim cuti sekolah. Hotel banyak yang dah penuh. Semasa kami sedang mencari bilik hotel, kami dihampiri oleh seorang penunggang motorsikal yang mengatakan dia ada bilik hotel dan menyuruh kami ikut dia. Dia membawa kami ke sebuah hotel di bangunan rumah kedai.  

Dua orang dari kami ikut dia untuk meninjau bilik dan kawtim harga. Mereka kata bilik okey, dan harga RM100. Kami setuju, dan selepas membayar harga bilik hotel kami pergi ke tempat semacam bazaar “uptown” di Bandar Melaka. Kami sebenarnya nak mengeteh tapi tiada kedai makan berhampiran bazaar tersebut. Sebelum balik, semasa hampir tiba di kereta. Kami disapa oleh seorang peniaga. Rupanya dia merupakan seorang kenalan yang aku selalu berhubung di facebook dan sering membeli barang secara atas talian. Dia memang full-time meniaga baju, jersi dan buku di situ. Buku-buku yang dia jual semuanya yang ada kaitan dengan bola sepak. 

Selepas berborak-borak kami ambil keputusan untuk balik ke hotel dan mengeteh di sebuah restoran mamak di bawah hotel tersebut. Rupa-rupanya bilik kami di hotel tersebut adalah di bahagian loteng bangunan tersebut. Untuk masuk ke bilik kami terpaksa memanjat tangga kayu tiga kali pusing dan ianya agak curam. Namun bilik ini dah diubahsuai dan cukup selesa, macam bilik hotel lain juga dengan dua buah katil queen size. Ada bilik air dan aircond sejuk. Tapi yang tak seronoknya hanya ada tiga bantal, dan tiada penambahan walaupun sesudah Nakid turun memintanya. Kesudahannya ada antara kami yang tidur berkongsi bantal.

Keesokan harinya bangun je dari tidur, destinasi pertama kami adalah Pantai Klebang dimana Spanky dah lama merancang untuk pergi minum coconut shake yang menurutnya sangat sedap. Memang sedap pun dan ramai gila orang. Kemudian hajatnya nak ke Jonker Walk tapi hujan sangat lebat, jam menggila dan juga banjir. Kami sampai ke tempat gig dan sudah ada seorang mat punk sampai. Dia datang dari Johor dengan menaiki motorsikal. Pergh, semangat gila. 

Oleh kerana gig bermula lambat lagi, kami ambil peluang jalan-jalan dulu untuk membeli buah tangan untuk keluarga di KL. Tapi hujan turun lagi dan terpaksa juga batalkan niat untuk ke Jonker Walk. Kami shopping complex beratap je. 


Crowd di Melaka memang gila! Gig ini diadakan di bangunan kerajaan iaitu Pusat Transformasi Bandar atau dikenali juga dengan nama UTC dan di tingkat 8 bangunan ini memang dikhaskan untuk aktiviti muzik dan kebudayaan. Ada jamming studio dan kata salah seorang penganjur, kadang-kadang mereka adakan gig di ruang legar tingkat tersebut yang kelihatan seperti ada bongkah-bongkah pentas di satu sisi. “Tapi kalini kami buat dalam studio. Small room pack kids”, katanya mengambil potongan lirik lagu Young And Dangerous.
Semasa set kami, crowd sangat menggila sampai stand mikrofon patah. Maaf pada pihak penganjur. Dan semasa di hujung set, Fael bertindak memeluk (group hug) crowd kerana terharu dengan sambutan tersebut. “Rasa macam karya kita dihargai”, katanya. Rupanya ramai yang hadir datang dari Johor. 



Lepas selesai semua persembahan band yang diakhiri oleh Killeur Calculateur, apa lagi…kami dibawa makan asam pedas claypot! Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan misi kami di Melaka; Crude Collective, Corm Café, Buku Jalanan Bandar Melaka dan semua yang hadir di kedua-dua acara ini.

PS: CD kami boleh didapati di Corm Cafe, Jasin. Support Your Local DIY Spaces!