Monday, April 8, 2013

laporan perjalanan Art Of Noise 3



Untuk show Art Of Noise, kami bergerak dari rumah Spanky di Ulu Klang jam 2.30 pagi. Sepanjang perjalanan kami banyak berhenti dan rilek-rilek jadi kesudahannya sampai ke JB jam 7 pagi. Kami dah plan dan juga diajak oleh Fahmy Embrace Hall untuk lepak dan tidur di sana. “Boleh jamming” katanya. Kami terus tidur dan aku terjaga kira-kira jam 10.30 pagi, sakit perut lalu ke bilik air. Fahmy takde sebab dia bekerja. Lepas tu aku dah tak boleh tidur. Aku belek zine-zine lama yang banyak kat situ dan yang aku baca adalah zine Tolloi dan Sadis.  Jam 11 lebih, Fael pun bangun. Kami kejut yang lain untuk jamming. Jam 2 pm kami semua siap mandi dan terus mengisi perut dan sampai ke venue jam 3 petang. 

Ramai crowd di gig ni. Mungkin sebab gig campur secara muzikal dan stail. Dah lama tak ke gig yang ramai macam ni ataupun memang aku yang dah jarang pergi gig. Aku tengok beberapa band dan pilih-pilih lagu. Masuk ke dewan kejap-kejap sebab sibuk jaga barangan jualan. Terima Kasih pada semua yang memenuhi ruang dewan dan nyanyi bersama time DDT main. JB crowd memang terbaik. Tapi ramai juga yang datang berbual dengan aku yang bagitahu mereka datang dari jauh. Dari Kuantan, Temerloh pun ada. Sanggup bermalam di CT Plaza semangat punya pasal. 

Jam 2 pagi Second Combat tamatkan set mereka sebanyak tiga lagu dan kami tak mampu nak tunggu sampai gig tamat. Jadi, kami pergi ke pasar karat tapi semua gerai dah tutup. Dah penat sangat, kami terus balik ke KL…aku tidur sepanjang perjalanan.


Art Of Noise 3 antara gig yang paling seronok pernah kami sertai. Terima kasih pada Lan, Chubby, Aizam, Keyrol dan crew-crew lain tak sempat tanya nama atau lupa.   

Tuesday, March 12, 2013

Idea lirik 1



Ok ke kalau ini dijadikan lirik? Sila komen...Terima Kasih.

Ligat ligat otakmu ligat
Mencari jin, hantu, dan pontianak
Ambil kesempatan pada yang terdesak
Bomoh penipu kau memang lahanat

Jampi serapah kau memang sampah
Mambang air, api, mambang tanah
Kalau sakit sediakanlah pengeras
Ayam hidup untuk jin lapar darah

Sakit dan sembuh tuhan yang kurniakan
Bukan jin, mambang, hantu dan syaitan
Bangkit dan sedarlah kita wahai insan
Perkara syirik ni buang dan lupuskan



Hentikan manipulasi agama
Untuk wang ringgit dan nama
Untuk faedah dunia semata
Untuk membodohkan manusia

Monday, March 4, 2013

Finally released: Aksi Reaksi 2 book



Bulan Januari 2012 lepas, kawan kami Zulhabri (Pekan Frinjan) ada terbitkan buku kami Aksi Reaksi sebanyak 100 salinan. Buku tu dah lama sold-out. Lepas tu harini, dengan bantuan Anuar dari Perak Alternatif Press & Distro, kami terbitkan 500 salinan buku Aksi Reaksi 2. Kalini isi dah ditambah dan dikemaskini. Juga ada prakata oleh Hishamuddin Rais Tukar Tiub. 110 muka surat bersaiz A6 (sesuai utk traveller masukkan dalam poket). Ikuti perjalanan band ni, asam garam, naik turun, pengalaman kami dan juga sikit sebanyak perihal scene punk, hardcore, indie, seni, politik, muda-mudi tempatan. harga RM15 (tambah RM5 untuk pos ekspress). sms 0179639316 (nizang). 

Wednesday, February 13, 2013

Monday, February 4, 2013

AIMAN (1989-2013)








One of the DDT’s founding member, Aiman who played the drums (since we begin in 2007 until Feb 2010) passed away last night at 9.30 pm. He was hospitalized for six days for having breathing problem and supposed to undergo biopsy today. Many friends paid a visit until 1.30 a.m last night at two hospitals in KL city. He’s been buried today at Taman Selasih Muslim Cemetary in Gombak this morning. 

 
He composed the song ‘Merdekakah Kita’, as well as many other tunes with bands he fronted; Civil Disorder (before DDT), The FRU, Swampy Zombie Fever and also played drums in M.A.N. He’s also one of the shitworkers at Ricecooker Shop (DIY music/art shop in KL) for quite some time. He published an issue of Aliens Nations zine with a friend, Hazim. He has also drawn artworks for several gig flyers and covers for his bands' demo CDs.

R.I.P, Al-Fatihah Mohd Atiff Aiman.  

Aiman, seorang cobain-like person. Dia pernah nyatakan hasrat supaya kisah hidupnya yang berliku perit dibukukan seperti Cobain. Aku tak mampu menulis buku tentangmu. Tapi akan aku dedikasikan buku tulisanku untukmu. Kerana kamu pernah mewarnai hidup aku dan kami. Sejak akhir-akhir ini, kami agak 'dingin' di alam maya kerana sedikit perbezaan pendapat. Maafkan aku kawan. Bagi aku, tak perlulah aku kenali Cobain, cukuplah aku pernah kenal kamu Aiman. Aku tahu kamu hidup dalam serba kepayahan. Moga kamu bertemu ketenangan. Amin.

Sunday, February 3, 2013