Friday, January 25, 2008

Ipoh Tungguuuu Aku Cabar Kauuuu!!

Esok kitaorang ada gig dekat Ipoh sana. Thanks buat Brayok dan kawan-kawan yang organizekan gig tuh. Kami tidak buat sebarang persiapan yang 'kental' sangat pun. Just jamming 2,3 round macam tuh je. Maklum la masing-masing sibuk. Aku sibuk dengan kerja. Yang lain pun sibuk jugak. Tapi aku la paling sibuk. Planning masuk studio still lg ON seperti yang diwar-warkan iaitu 3hb Feb 08. Rilis? Entah bila pun aku tak pasti. Tapi yang pasti,kitaorang akan record dalam 10 buah lagu. Mula nye nak record 8 je, alih-alih kawan-kawan ada ajak buat split pulok! Dengor khabarnya band yang terbabit split ini ialah : Young & Dangerous (JB thrash punk), Format Masa Depan (Sg. Petani screamo violence) dan Hell Exist (JB crusties)...itu je yang mampu aku ingat. Bende nih bincang pun tak habis lagi. Yer ler..macam mana mau habis, time setting tak betul. Time untuk kami duduk lepak dalam satu band agak terbatas sekarang ini. Tapi,insyaallah,kalau ade orang ajak gig, kami akan penuhi undangan korang. Walaupun busy nyer ditahap yang cipan boleh terbang. Berbalik kepada cite recording tadi. 4 lagu kasik muat dalam split dan baki 6 lagu lagi,kami akan riliskan sebagai 1st demo kiteorang. Inysaallah kalau semua komitmen ahli band dapat ditagih dengan jayanya!

Kalau korang tak tahu acara apa yang berlaku dekat Ipoh esok. Sila tengok entri terbaru yang ada flyers yer. Thanks

- Rizie 'Lonely Punkrocker' <--- Pergh,ayat tak boleh blah!

No comments: