1-Assalamualaikum dan salam sejahtera! Kata mukadimmah untuk teman-teman yang
sedang membaca zine ini….Dum Dum Tak? Apa yang menarik tentang nama Dum Dum Tak
ni?
Waalaikumsalam. Aku Nizang, mewakili band Dum Dum Tak, band
punk rock dari Kuala Lumpur menjawab soalan-soalan ini. Semua jawapan adalah
buah fikiran peribadi aku, tidak mewakili semua individu dalam band ini. Nama
ni digunakan kerana bunyinya agak pelik dan kelakar. Kami inginkan nama yang
kelakar kerana kami pun bukannya manusia jenis serius sepanjang masa.
2-Apa projek terbaru DDT sekarang?
Kami sedang rancak mempromosikan CD terbaru kami iaitu split
dengan Always Last dan mungkin akan membikin video untuk sebuah lagu dari split
tersebut, InsyaAllah. Dan juga, buku kami Aksi Reaksi sedang dalam proses untuk
dikeluarkan edisi kedua yang dijangka siap pada bulan Disember 2012. Baju
terbaru kami akan dikeluarkan oleh Bogus Merchandising. Tunggu!
4-Apa pandangan DDT tentang scene UG kita yang sedang naik
sekarang?
Boleh tahan bagus. Tapi mungkin perlukan originality dari
segi muzik dan imej. Band-band yang ada bunyi tersendiri berbanding yang sedia
ada. Kalau orang dengar saja tahu band ni datang dari Malaysia. Amacam, boleh
ke?
Kami semua suka Greenday, Marjinal, The Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor Dung, Kuchalana, The Mindless Show,
The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat, Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation
Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan
Butterfingers “Kembali”, Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir dan S.
M Salim. Dah 17 tahun dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru
hargai lagu-lagu melayu.
Pernah juga dulu pernyataan aku disalah ertikan. Ada
organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput kami untuk
bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya bergurau
dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya. Jadi kecoh.
Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu persembahan.
Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi dan balik,
jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak perlu
bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.
11-Kalau ada kenapa boleh jadi macam tu?
Mungkin kerana sekarang makin banyak band DIY yang meletak
harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu, band-band
punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band dah lama,
banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak mampu untuk
mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan. Ada juga
yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap jika
hendak membuat persembahan.
15-Adakah band ini mempunyai ahli yang berperinsipkan
Straight Edge?
Rizie dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan
niat. Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan
bukan kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan
selepas aku meninggalkan dunia ini juga.
Lebih elok dan menyeronokkan kalau band yang beraksi datang
dari pelbagai kelompok kawan, pelbagai jenis muzik, pelbagai fesyen, pelbagai
latar belakang, pelbagai bangsa dan budaya. Baru syok. Kalau satu atau dua
genre saja, mungkin dari kelompok dan negeri yang berbeza. Kelompok dari KL,
dari Kedah, dari Pahang, dan lain-lain. Baru boleh berkenalan dengan
kawan-kawan yang baru.
20- Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit. Tapi lepas bernikah
ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa anak kecil aku
meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga selalu merempit
dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki rempit
sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke sana
kemari.
23- Sebelum mengakhiri interview ni, apakah pesanan DDT kepada newcomers yang
berada kat luar sana?
Banyak belajar, baca buku dan cari rasional sesuatu tindakan
kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak buat apa-apa projek,
jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka tapi buatlah cara
sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada identity tersendiri
yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan.
24- Kata-kata akhir DDT?
CD kami yang terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak
12 lagu sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316
atau email nizangmosh@gmail.com.
Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos kepada alamat korang.
Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine ni, aku suka. Terima
kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’.
Assalamualaikum.