Monday, March 4, 2013

Finally released: Aksi Reaksi 2 book



Bulan Januari 2012 lepas, kawan kami Zulhabri (Pekan Frinjan) ada terbitkan buku kami Aksi Reaksi sebanyak 100 salinan. Buku tu dah lama sold-out. Lepas tu harini, dengan bantuan Anuar dari Perak Alternatif Press & Distro, kami terbitkan 500 salinan buku Aksi Reaksi 2. Kalini isi dah ditambah dan dikemaskini. Juga ada prakata oleh Hishamuddin Rais Tukar Tiub. 110 muka surat bersaiz A6 (sesuai utk traveller masukkan dalam poket). Ikuti perjalanan band ni, asam garam, naik turun, pengalaman kami dan juga sikit sebanyak perihal scene punk, hardcore, indie, seni, politik, muda-mudi tempatan. harga RM15 (tambah RM5 untuk pos ekspress). sms 0179639316 (nizang). 

Wednesday, February 13, 2013

Monday, February 4, 2013

AIMAN (1989-2013)








One of the DDT’s founding member, Aiman who played the drums (since we begin in 2007 until Feb 2010) passed away last night at 9.30 pm. He was hospitalized for six days for having breathing problem and supposed to undergo biopsy today. Many friends paid a visit until 1.30 a.m last night at two hospitals in KL city. He’s been buried today at Taman Selasih Muslim Cemetary in Gombak this morning. 

 
He composed the song ‘Merdekakah Kita’, as well as many other tunes with bands he fronted; Civil Disorder (before DDT), The FRU, Swampy Zombie Fever and also played drums in M.A.N. He’s also one of the shitworkers at Ricecooker Shop (DIY music/art shop in KL) for quite some time. He published an issue of Aliens Nations zine with a friend, Hazim. He has also drawn artworks for several gig flyers and covers for his bands' demo CDs.

R.I.P, Al-Fatihah Mohd Atiff Aiman.  

Aiman, seorang cobain-like person. Dia pernah nyatakan hasrat supaya kisah hidupnya yang berliku perit dibukukan seperti Cobain. Aku tak mampu menulis buku tentangmu. Tapi akan aku dedikasikan buku tulisanku untukmu. Kerana kamu pernah mewarnai hidup aku dan kami. Sejak akhir-akhir ini, kami agak 'dingin' di alam maya kerana sedikit perbezaan pendapat. Maafkan aku kawan. Bagi aku, tak perlulah aku kenali Cobain, cukuplah aku pernah kenal kamu Aiman. Aku tahu kamu hidup dalam serba kepayahan. Moga kamu bertemu ketenangan. Amin.

Sunday, February 3, 2013

Tuesday, December 18, 2012

lirik: Si Penuduh

Kau tuduh mereka nazi simpati
Kau hanya bikin kesimpualan kau sendiri
Tanpa siasat engkau terus maki
Hak orang kau memang pandai cabuli
Kau bajet cakap kau memang betul
Kini sedarkah yang kau dah boil
Kau bajet godfather

(chorus)

Kau tuduh mereka nazi simpati
Kau hanya bikin kesimpulan kau sendiri
Kini kau tuduh kawan engkau mencuri
Tanpa siasat engkau terus maki
Ya penuduh kau memang musibat
Cerita engkau memang hebat
Semua pun kau nak sebat

(chorus)

Thursday, November 8, 2012

Sedutan temuramah oleh zine Selipar Malaya



1-Assalamualaikum dan salam sejahtera! Kata mukadimmah untuk teman-teman yang sedang membaca zine ini….Dum Dum Tak? Apa yang menarik tentang nama Dum Dum Tak ni?

Waalaikumsalam. Aku Nizang, mewakili band Dum Dum Tak, band punk rock dari Kuala Lumpur menjawab soalan-soalan ini. Semua jawapan adalah buah fikiran peribadi aku, tidak mewakili semua individu dalam band ini. Nama ni digunakan kerana bunyinya agak pelik dan kelakar. Kami inginkan nama yang kelakar kerana kami pun bukannya manusia jenis serius sepanjang masa.

2-Apa projek terbaru DDT sekarang?
Kami sedang rancak mempromosikan CD terbaru kami iaitu split dengan Always Last dan mungkin akan membikin video untuk sebuah lagu dari split tersebut, InsyaAllah. Dan juga, buku kami Aksi Reaksi sedang dalam proses untuk dikeluarkan edisi kedua yang dijangka siap pada bulan Disember 2012. Baju terbaru kami akan dikeluarkan oleh Bogus Merchandising. Tunggu!

4-Apa pandangan DDT tentang scene UG kita yang sedang naik sekarang?
Boleh tahan bagus. Tapi mungkin perlukan originality dari segi muzik dan imej. Band-band yang ada bunyi tersendiri berbanding yang sedia ada. Kalau orang dengar saja tahu band ni datang dari Malaysia. Amacam, boleh ke?  

8-Apa band idola DDT ni?
Kami semua suka Greenday, Marjinal, The Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor Dung, Kuchalana, The Mindless Show, The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat, Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan Butterfingers “Kembali”, Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir dan S. M Salim. Dah 17 tahun dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru hargai lagu-lagu melayu.

10-Pernahkah band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @ disabotaj oleh sesetengah pihak?
Pernah juga dulu pernyataan aku disalah ertikan. Ada organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput kami untuk bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya bergurau dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya. Jadi kecoh. Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu persembahan. Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi dan balik, jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak perlu bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.

11-Kalau ada kenapa boleh jadi macam tu?
Mungkin kerana sekarang makin banyak band DIY yang meletak harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu, band-band punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band dah lama, banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan. Ada juga yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap jika hendak membuat persembahan.

15-Adakah band ini mempunyai ahli yang berperinsipkan Straight Edge?
Rizie dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan niat. Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan bukan kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan selepas aku meninggalkan dunia ini juga.

17-Kita boleh lihat sekarang ni gig-gig di Malaysia semakin banyak diadakan, kebanyakannya gig- gig ni bermain dalam satu atau dua genre sahaja, apa pandangan DDT mengenai perkara ini?
Lebih elok dan menyeronokkan kalau band yang beraksi datang dari pelbagai kelompok kawan, pelbagai jenis muzik, pelbagai fesyen, pelbagai latar belakang, pelbagai bangsa dan budaya. Baru syok. Kalau satu atau dua genre saja, mungkin dari kelompok dan negeri yang berbeza. Kelompok dari KL, dari Kedah, dari Pahang, dan lain-lain. Baru boleh berkenalan dengan kawan-kawan yang baru.

20- Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit. Tapi lepas bernikah ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa anak kecil aku meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga selalu merempit dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki rempit sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke sana kemari.  

23- Sebelum mengakhiri interview ni, apakah pesanan DDT kepada newcomers yang berada kat luar sana?
Banyak belajar, baca buku dan cari rasional sesuatu tindakan kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak buat apa-apa projek, jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka tapi buatlah cara sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada identity tersendiri yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan.  

24- Kata-kata akhir DDT?
CD kami yang terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak 12 lagu sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316 atau email nizangmosh@gmail.com. Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos kepada alamat korang. Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine ni, aku suka. Terima kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’. Assalamualaikum.