Friday, March 16, 2018
Dum Dum Tak 'Sedekad' 10 years discography cassettes
Yes, it's been a while, we have been busy playing gigs all around Klang Valley and post bits and news on Facebook pages. Nothing to shout about, but some you might have noticed Dum Dum Tak turned 10 years in 2017. To mark our 10 years as a band, we just released a discography cassette titled 'Sedekad' which means 'A Decade'.
Two newly designed t-shirts were also released with using both of these designs down here.
Get in touch!
Posted by
nizang
at
1:58 AM
0
comments
Labels: Consume, Discography, News
Tuesday, April 5, 2016
Dum Dum Tak di Sabah, bah!
Ketika pemeriksaan sebelum masuk dalam perut kapalterbang,
Fael sangkut. Polis airport tu memeriksa seluruh badannya dah macam apa aku
tengok. Berdebar juga aku kot-kot dia bawa pistol. Rupanya dalam kocek dia ada
anak kunci. Bila dah dalam kapal terbang, Nakid suruh aku baca doa dan sekali
lagi dia suruh baca doa bila kapal terbang mula bergerak, haha…
SANDAKAN-KINABATANGAN
Kami tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira jam sembilan
pagi. Pihak Berani Muntah iaitu Joy, Hasbi dan Tobeng telah pun menunggu kami.
Tapi yang lebih mengharukan kami, tiga orang yang datang dari daerah
Karamunting juga turut menunggu kami iaitu Boy dan dua rakannya. Boy datang ke
airport dengan menaiki bas yang mengambil masa selama sejam untuk bertemu kami.
Dia tak dapat datang ke gig di Lahad Datu esok kerana ianya jauh (dua jam dari
Sandakan) dan juga kekurangan duit. Dia turut membawa beberapa CD, zine Mosh dan
baju DDT untuk kami tandatangan. Aku dan Nakid mengambil peluang mencuba
makanan Sabah iaitu Burasak, rupanya macam pulut berwarna kuning dan dibalut
dalam daun. Aku makan dengan lauk daging kicap, layan.
Seketika kemudian, Fadzil dan Din dari band Armados tiba.
Fadzil adalah wakil Berani Muntah yang menghubungi kami untuk bermain di Voice
Of Bornneo part 3 ini. Dia mengambil alih menjadi penganjur dari Joy. Joy
sebenarnya merupakan seorang polis dan dia pernah dicop menganjurkan
perhimpunan haram untuk siri gig Voice Of Bornneo yang lalu. Selesai kami
makan, Boy ambil peluang untuk membeli beberapa merchandise dari kami iaitu
button badges. Kami ambil peluang beri mereka sticker secara percuma kerana
usaha gigih mereka datang berjumpa kami.
LAHAD DATU
Kami meneruskan perjalanan ke Lahad Datu dimana kami akan
bermalam dan main gig keesokan harinya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang
dua jam, tapi kami berhenti dulu di pertengahan jalan iaitu di Kinabatangan
yang popular dengan kenyataan wakil rakyatnya, Bung Mukhtar. Kami dikenalakan
dengan suku kaum ‘orang Sungai’ yang dikatakan gadisnya cantik-cantik. Kami
juga mendengar cerita tentang Joy, Din dan beberapa rakan mereka yang turut
aktif dalam aktiviti mengubat orang yang kena gangguan makhluk halus
menggunakan teknik bacaan ruqyah. Wah, respek juga dengan mereka ni.
Sesampai di Lahad Datu, kami singgah di kedai percetakan
baju milik Joy. Ada beberapa rakan nak beli tiket pre-sale dan t-shirt gig. Di
sebelah kedainya pula adalah kedai isterinya yang menjual aksesori wanita dan
kanak-kanak perempuan kalau tak silap aku. Lepas tu bermula sesi makan. Aku
makan nasi ayam penyet. Sepanjang di Sabah, aku tengok makanan yang popular
adalah ayam penyet dan nasi lalap. Pisang cheese juga sangat popular di sini,
merata kedai jual dengan harga RM4. Sebelum ke Sabah aku tak pernah hayat makan
Pisang Cheese ni.
Ketika makan, kami diberitahu salah seorang crew Berani
Muntah telah mengalami kemalangan motorsikal. Kami ambil keputusan untuk pergi
melawatnya di wad. Sebelum itu, kami pergi ke homestay dulu. Homestay ni
terletak bahagian atas lot kedai. Ada empat bilik dan di tengah macam ruang
tamu. Setiap bilik ada TV dan bilik air. Memang cukup selesa dan dikatakan
hanya RM350 sewanya untuk satu malam. Pyan Gerodok tiba di homestay. Beliau
merupakan orang yang aku kenal melalui facebook, dan aku kenal sebagai composer
lagu yang agak terkenal iaitu ‘Bulan 8 Di Sandakan’. Tak sangkan pula, dia juga
merupakan imam masjid yang baru sahaja mengimamkan solat jumaat di masjid
tengahari tersebut. Dia juga merupakan ustaz dan mengajar Fekah di sebuah
sekolah agama rendah. Memang seronok berborak dengan dia ni cakap pasal band
lama-lama macam Carburetor Dung dan The Pilgrims. Gerodok antara band punk yang
aku suka dari Sabah sejak aku dengar split CD mereka bersama satu lagi band
punk Lahad Datu, Kerna Dia. Selepas mandi dan salin baju, kami dibawa ke
hospital Lahad Datu untuk melawat Sharul Nizam. Tulangnya retak di bahagian
depan celah kangkang. Ironinya, dia sebenarnya sedang kerja praktikal di wad
yang sedang dia duduk sekarang. Dia baru pulang dari kerja semasa berlaku
kejadian kemalangan tersebut. Ketika itu juga Pian datang, dia ni pernah
memesan beberapa zine dan CD dari aku menggunakan pos sebelum ini. Dia baru
belajar cetak patches dan banyak yang dibawa untuk dijual di gig esok dan lusa.
Malam itu, band skinhead Domination 69 dari Sandakan tiba
dan juga tinggal di homestay yang disediakan penganjur tersebut. Kagum juga aku
dengan skinheads ni, malam sebelum nak perform di gig sanggup botakkan kepala
walhal masa mula jumpa ada beberapa yang berambut lebat. Kami beramai-ramai ke
kedai makan dan dibelanja ikan bakar dan sotong goreng oleh Joy dan crew Berani
Muntah. Malam itu, A.P datang. A.P ni aku kenal dari Mamel yang pernah bekerja
di Shah Alam 2-3 tahun lepas. A.P juga pernah datang ke Shah Alam untuk membeli
CD dari aku ketika dia datang ke Shah Alam. Kami selalu juga berhubung melalui
facebook. Rupa A.P ni macam Nicholas Saputra woi. Malam tersebut juga aku
berkenalan dengan ahli band Peligrosos yang sudah mula bergabung sejak bangku
sekolah. Gitaris mereka, Ayen memberitahu sejak mula menubuhkan band pada 2009
memang mereka terpengaruh dan banyak main lagu-lagu Dum Dum Tak. “Tak sangka
pulak sekarang lepak bersama Dum Dum Tak”, katanya. Vocalist mereka, Saiful
sedang menuntut di Terengganu dan sanggup balik ke Sabah bila diberitahu DDT
akan datang Sabah. Terharu aku, aku menantikan rakaman lagu Peligrosos!
Macam biasa, malam sebelum nak main gig kami baru nak
jamming. Kami dibawa ke studio jamming yang dikendalikan oleh sepupu Joy.
Barang di studio ini juga yang akan digunakan untuk gig keesokan harinya. Selepas
kami jamming, Domination 69 pula yang mengambil giliran. Ketika sedang
lepak-lepak di luar studio itu, beberapa biji kereta sampai. Mereka adalah
crowd dari Kota Kinabalu yang turut membawa ahli band Take Me Away. Band ini turut
dianggotai oleh Ray Amar Beez, orang Melaka yang menetap di KK dan bekerja
sebagai kelasi. Mereka juga turut bermalam di homestay yang sama. Kami ambil
keputusan untuk balik dan tidur dulu, badan dah penat. Malam itu juga aku bertemu dengan Firdaus, editor zine Doomsday Troops yang aku kenali dengan kaedah zine-trading.
Keesokan paginya, Fadzil datang membawa satu periuk nasi
kuning. Dia memang menjalankan perniagaan nasi kuning yang dikatakan sangat
laku dan sold-out tiap pagi. Nasi kuning ni lauknya macam nasik lemak
Terengganu, pakai ikan tongkong. Aku tak sempat makan nasi kuning, bila aku
bangun je tengok periuk dah licin. Itulah ruginya bila bangun lambat dan liat,
namun Fadzil bawa sebekas bungkusan nasi kuning dan nasi lemak ke tempat gig
dan itulah santapan tengahari aku. Air bandung juga dibawanya dan diminum oleh
pengunjung-pengunjung gig secara percuma.
Selepas mandi dan bersiap, kami terus dibawa ke venue gig
iaitu di Bandar Sri Perdana, sama kawasan kami menginap juga. Band pembuka
adalah band Fadzil dan Din. Apa yang aku nampak, di Lahad Datu ni ramai budak
dan band Skinhead. Aku sempat tengok kesemua band sambil-sambil jual stuff di
luar venue. Venue untuk gig harini sebenarnya adalah sebuah restoran. Restoran
ini disewa dan semua meja kerusi telah dialihkan. Antara band yang perform
adalah Armados (band adik-beradik; Din, Ayen dan Rino serta sepupu mereka Rey
yang pertama kali ‘masuk gig’). Pack! Man adalah band yang datang dari Keningau
dan dianggotai oleh Agus. Agus banyak buat artwork dan design untuk poster gig
di Sabah termasuklah design cover buku Punk Rock. Showmanship yang bertenaga.
Gig Voice Of Bornneo Vol. 3 ditutup dengan band punk lagenda
Sabah iaitu Gerodok. Band ini telah mula bermain bersama sejak 1989 dan
dikatakan band underground pertama di Sabah. Terdiri dari Pyan, Mamet, Tiam dan
Joy. Joy dulunya merupakan ahli Kerna Dia tapi telah diserap ke dalam Gerodok
sebagai vokalis dan gitaris. Nak menangis aku bila mereka memainkan lagu ‘Bulan
8 di Sandakan’, hehe.
“Gig ni memang bes, …tapi ramai pencuri…pencuri microfon.”
kata Joy.
Selesai gig, kami dijamu dengan nasi goreng dan ABC special.
Special betul ABC kat sini, ada taruk macaroni. Tak pasti pula aku ini adalah
kebiasaan di Sabah atau hanya di kedai ini. Apa yang lainnya kedai mamak di
Sabah ni, pekerjanya hampir semuanya perempuan melayu. Kalau di Kuala Lumpur,
kebanyakan pekerja di kedai mamak adalah lelaki dari India aku rasa.
Malam itu di homestay, aku didatangi oleh seorang skinhead
dari Kuching yang aktif di era awal 90an. Namanya Awang dan dia duk asyik tanya
aku kenal tak orang ni, kenal tak orang tu, kenal tak mamat ni, kenal tak
skinhead tu. Sampai aku naik pening juga sebab hampir semuanya aku tak kenal.
Kenalan dia yang aku kenal hanyalah Usop, seorang skinhead dari Terengganu.
Hehe, kelakar juga Awang ni…Kidd dan Spanky melayan berborak dengan dia sampai
pagi.
TAWAU
Pagi Ahad, aku sekali lagi terlepas untuk makan nasi kuning dari dalam periuk, namun Fadzil datang kembali dan bawakan bungkusan-bungkusan nasi kuning untuk mereka yang tak sempat makan tadi. Lewat juga kami bertolak ke Tawau. Joy beritahu dia balik rumah jam tiga pagi dan bangun pukul 6 pagi untuk cetak baju Gerodok dan Dum Dum Tak untuk dibawa ke Tawau. Aku naik kereta bersama Joy, Mamet dan Rei. Kami pergi ke airport Tawau dulu untuk membeli luggage dan aku sempat melalui daerah Kunak.
Pagi Ahad, aku sekali lagi terlepas untuk makan nasi kuning dari dalam periuk, namun Fadzil datang kembali dan bawakan bungkusan-bungkusan nasi kuning untuk mereka yang tak sempat makan tadi. Lewat juga kami bertolak ke Tawau. Joy beritahu dia balik rumah jam tiga pagi dan bangun pukul 6 pagi untuk cetak baju Gerodok dan Dum Dum Tak untuk dibawa ke Tawau. Aku naik kereta bersama Joy, Mamet dan Rei. Kami pergi ke airport Tawau dulu untuk membeli luggage dan aku sempat melalui daerah Kunak.
Kami sampai ke venue gig kira-kira jam empat petang. Gig
telah pun dimulakan seawal 12 tengahari. Venue gig ni adalah di sebelah sebuah
café yang bernama Rumah Lama café. Kami dibawa ke dalam café yang sangat cantik
di pandangan mata aku. Dinding dan silingnya diperbuat dari papan yang tidak
dicat, nampak macam kedai di pekan koboi. Kami dijemput untuk pesan makanan dan
minuman namun kesemua dari kami buat keputusan untuk minum saja dulu. Gig
diteruskan dengan band No Excuse, sebuah band streetpunk dan juga band
Regained.
Untuk set kami di Tawau ni, ada seorang budak tempatan yang mengetuk dram untuk dua lagu pertama, 'Pergi Mampus' dan 'Suara Kami'. Dia dah kontek kami awal-awal di FB nak main dram untuk lagu 'Pergi Mampus', minat sangat dengan lagu tu katanya.
Sepatutnya ada tiga buah band dari Lahad Datu yang datang bersama kami beraksi pada hari tersebut iaitu Peligrosos, Armados dan Gerodok. Namun, kerana venue hanya boleh dipakai sehingga jam 6…ketiga-tiga band ni tak sempat membuat persembahan. Ada majlis lain di venue yang sama pada malam tersebut. Sejuk tengok budak-budak punk bermohawk, berjaket dan berpatches sama-sama menyapu sampah dan membersihkan kawasan gig selepas tamat set kami. Sessi bergambar memang takkan putus-putus sejak semalam lagi.
Sepatutnya ada tiga buah band dari Lahad Datu yang datang bersama kami beraksi pada hari tersebut iaitu Peligrosos, Armados dan Gerodok. Namun, kerana venue hanya boleh dipakai sehingga jam 6…ketiga-tiga band ni tak sempat membuat persembahan. Ada majlis lain di venue yang sama pada malam tersebut. Sejuk tengok budak-budak punk bermohawk, berjaket dan berpatches sama-sama menyapu sampah dan membersihkan kawasan gig selepas tamat set kami. Sessi bergambar memang takkan putus-putus sejak semalam lagi.
Malam tersebut kami makan di tempat yang dipanggal ‘highway’.
Aku mencuba nasi lalap, aku rindukan nasi lalap! Sajiannya adalah nasi kosong
dan dimakan bersama dua ketul ayam semacam ayam KFC, tempe, sayur timun dan kacang
panjang. Orang di sini cakap KFC tu sebenarnya tiru ayam nasi lalap, entah aku
pun tak tahu nak percaya ke tak. Ketika lepak di sinilah, Hijrah tiba. Dia
kerap kali berhubung dengan kami untuk DDT bermain di Tawau sebelum ini. Namun
masa kami perform di Tawau tadi, dia tak dapat datang sebab ada kematian. Die
lepak bersama kami sepanjang malam tersebut hingga ke pagi dan hingga kapal
terbang kami berlepas keesokan harinya.
Kami dibawa ke tempat tidur malam tersebut iaitu di Sutra Inn
di kawasan yang dipanggil ‘fajar’ kalau tak silap aku. Waktu ni antara yang
paling menyayat hati kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada
budak-budak Lahad Datu. Ada juga beberapa orang yang menangis bila masa untuk
berpisah dengan kami dan kalau boleh taknak lepaskan kami pulang. Budak-budak
Sabah memang baik dan mesra. Terharu betul…InshaAllah kami akan kembali ke
Sabah kelak.
Lepas mandi malam tu, kami dibawa oleh Hijrah dan Din ke ‘highway’
sekali lagi dan kali ni kami makan daging payau (rusa), udang dan satu lagi aku
dah lupa namanya tapi seakan siput sedut. Saiful Peligrosos turut datang lepak.
Dua ahli band No Excuse yang aku lupa namanya juga turut lepak di hotel bersama
kami malam tersebut.
Isnin pagi, Saiful Peligrosos datang ke hotel untuk
menghantar kami ke airport. Kerana ada sedikit waktu terluang, aku ambil
peluang untuk curi masa membeli ole-ole untuk bawa pulang. Tak sedap pula pergi
jalan jauh tak bawa balik buah tangan. Saiful membawa aku ke pasar dan aku
membeli keropok amplang. Kata Saiful, amplang ni memang signature di Sabah, tak
dijual di tempat lain.
Kami ke airport Tawau menaiki dua kenderaan jenis 4x4. Turut
bersama kami adalah Pian, Saiful, Boy, Hijrah dan dua ahli No Excuse. Seperti
ditulis tadi, Hijrah tunggu di lapangan terbang sehinggalah kapal terbang kami
take-off. Terima kasih banyak Hijrah.
Dua hari di Sabah, walaupun singkat…sangat memuaskan hati.
Kami akan kembali, banyak lagi tempat yang belum sampai terutamanya Kota
Kinabalu, Keningau dan Kundasang. Terima kasih Sabah atas sambutan hangat
kalian…aku rindukan kamu semua.
Posted by
nizang
at
8:13 PM
0
comments
Labels: Feedbacks, Gig report, Photo, reviews
Tuesday, March 22, 2016
DDT goes to Sabah
It's been awhile since we posted anything on this blog...well guess what? We're going to play two shows in Sabah this weekend! See you guys there! Pray for our smooth journey!!!
Posted by
nizang
at
2:26 AM
0
comments
Labels: Gigs / Events, News
Wednesday, December 10, 2014
Dum Dum Tak di Melaka Disember 2014
Dum Dum Tak dijemput untuk beraksi di UTC Melaka pada 7
Disember 2014. Oleh kerana seorang kawan baru buka café di Jasin, aku beritahu
yang aku akan singgah di cafenya semasa kami ke Melaka. Alang-alang aku ke
sana, dia cadangkan untuk mengadakan sessi diskusi untuk apa-apa topic. Takde
persiapan yang dibuat, terjah dan belasah aje.
Pada 6 Disember, kami tiba di Corm café agak lewat kerana
jalan jam teruk. Setibanya kami di Corm, aku dapat lihat ada yang pakai baju
KLZF2013 dan ada yang pakai baju Aksi Reaksi. Waah, agak terharu juga dengan
sambutan ni. Selepas berbincang, kami mulakan sessi diskusi seputar tajuk ‘DIY’.
Kami diberitahu kebanyakan peserta merupakan penggerak Buku Jalanan Bandar
Melaka. Spanky dan Nakid ambil keputusan untuk bersama peserta lain dan hanya
Nizang dan Fael menjadi panel diskusi. Banyak soalan-soalan yang dilontarkan
terutama oleh tokey Corm Café sendiri, saudara Hafidz. Nampak sungguh bahawa
beliau ambil berat tentang komuniti di Jasin dan Melaka. Itu antara sebab dia
mulakan café tersebut, untuk menjadi platform komuniti dan tempat
bertukar-tukar pendapat, mungkin. Setelah selesai diskusi, kami mainkan tiga
lagu secara akustik. Kemudian kami dijamu dengan oglio olio yang sungguh enak!
Power!
Kami dipelawa untuk lepak di Corm aje sampai esok hari.
Keadaan sangat selesa dan sejuk. Tapi kerana segan, kami ambil keputusan untuk
ke Bandar Melaka memburu bilik hotel. Keadaan sangat sesak macam pukul 8
walaupun dah jam 1 pagi. Kereta penuh di jalan sampai triple parking. Kata
orang Melaka ini permandangan biasa di sana pada hujung minggu. Tambahan pula
sekarang musim cuti sekolah. Hotel banyak yang dah penuh. Semasa kami sedang
mencari bilik hotel, kami dihampiri oleh seorang penunggang motorsikal yang
mengatakan dia ada bilik hotel dan menyuruh kami ikut dia. Dia membawa kami ke
sebuah hotel di bangunan rumah kedai.
Dua orang dari kami ikut dia untuk meninjau bilik dan kawtim
harga. Mereka kata bilik okey, dan harga RM100. Kami setuju, dan selepas
membayar harga bilik hotel kami pergi ke tempat semacam bazaar “uptown” di Bandar
Melaka. Kami sebenarnya nak mengeteh tapi tiada kedai makan berhampiran bazaar
tersebut. Sebelum balik, semasa hampir tiba di kereta. Kami disapa oleh seorang
peniaga. Rupanya dia merupakan seorang kenalan yang aku selalu berhubung di
facebook dan sering membeli barang secara atas talian. Dia memang full-time
meniaga baju, jersi dan buku di situ. Buku-buku yang dia jual semuanya yang ada
kaitan dengan bola sepak.
Selepas berborak-borak kami ambil keputusan untuk balik ke
hotel dan mengeteh di sebuah restoran mamak di bawah hotel tersebut. Rupa-rupanya
bilik kami di hotel tersebut adalah di bahagian loteng bangunan tersebut. Untuk
masuk ke bilik kami terpaksa memanjat tangga kayu tiga kali pusing dan ianya
agak curam. Namun bilik ini dah diubahsuai dan cukup selesa, macam bilik hotel
lain juga dengan dua buah katil queen size. Ada bilik air dan aircond sejuk. Tapi yang tak seronoknya hanya ada
tiga bantal, dan tiada penambahan walaupun sesudah Nakid turun memintanya. Kesudahannya
ada antara kami yang tidur berkongsi bantal.
Keesokan harinya bangun je dari tidur, destinasi pertama
kami adalah Pantai Klebang dimana Spanky dah lama merancang untuk pergi minum
coconut shake yang menurutnya sangat sedap. Memang sedap pun dan ramai gila
orang. Kemudian hajatnya nak ke Jonker Walk tapi hujan sangat lebat, jam
menggila dan juga banjir. Kami sampai ke tempat gig dan sudah ada seorang mat
punk sampai. Dia datang dari Johor dengan menaiki motorsikal. Pergh, semangat
gila.
Oleh kerana gig bermula lambat lagi, kami ambil peluang
jalan-jalan dulu untuk membeli buah tangan untuk keluarga di KL. Tapi hujan
turun lagi dan terpaksa juga batalkan niat untuk ke Jonker Walk. Kami shopping
complex beratap je.
Crowd di Melaka memang gila! Gig ini diadakan di bangunan
kerajaan iaitu Pusat Transformasi Bandar atau dikenali juga dengan nama UTC dan
di tingkat 8 bangunan ini memang dikhaskan untuk aktiviti muzik dan kebudayaan.
Ada jamming studio dan kata salah seorang penganjur, kadang-kadang mereka
adakan gig di ruang legar tingkat tersebut yang kelihatan seperti ada
bongkah-bongkah pentas di satu sisi. “Tapi kalini kami buat dalam studio. Small
room pack kids”, katanya mengambil potongan lirik lagu Young And Dangerous.
Semasa set kami, crowd sangat menggila sampai stand mikrofon
patah. Maaf pada pihak penganjur. Dan semasa di hujung set, Fael bertindak
memeluk (group hug) crowd kerana terharu dengan sambutan tersebut. “Rasa macam karya
kita dihargai”, katanya. Rupanya ramai yang hadir datang dari Johor.
Lepas selesai semua persembahan band yang diakhiri oleh Killeur Calculateur, apa lagi…kami dibawa makan asam pedas claypot! Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan misi kami di Melaka; Crude Collective, Corm Café, Buku Jalanan Bandar Melaka dan semua yang hadir di kedua-dua acara ini.
PS: CD kami boleh didapati di Corm Cafe, Jasin. Support Your Local DIY Spaces!
Posted by
nizang
at
10:25 PM
0
comments
Labels: Gig report, Gigs / Events, Notes, Photo, reviews
Sunday, April 20, 2014
Tuesday, April 1, 2014
Tuesday, January 14, 2014
Sunday, December 29, 2013
ALT HQ Year End Showdown
We're going to play this show. We got a surprise, since Spanky has a job to handle and will be out of state, we'll have a guess drummer. Who is he??? Come and find out yourself. We'll try to be at Dataran Merdeka as soon as the gig ends. See you at the frontline!!
TURUNKAN KOS SARA HIDUP!!!
Posted by
nizang
at
6:41 PM
0
comments
Labels: Gigs / Events, News
Monday, December 2, 2013
Dum Dum Tak at #PartyDuBook
Last two weeks was quite chaotic. My friend from school,
Najib (or also known as Mamat the guitarist of Sleepyjeremy) who is now a
well-known book author (pen name Jarr Nadjmuddin) called me. His publisher,
DuBook Press was organizing a book party, #PartyDuBook at the Red Bungalow. I
called Fael but failed to do so. Spanky and Nakid (Fael’s brother who played guitar
regularly with us now) tried to contact him too, but failed. I already told
Najib that we would play at the party so we panicked! Just a day before the
gig, Fael called me and said his phone is damaged. I told him about the gig but
he couldn’t make it since he couldn't change his work shift.
I tried to ask Shah (Always Last) to play with us ‘cause he
used to strum for us but he already had a plan that Saturday. So, Spanky and I decided we
should just play with Nakid as the front man, handling the only guitar and
sing. We didn’t have time to rehearse as Spanky was too busy with work schedule and I was down with fever.
The organizer called Second Combat to replace us and thought
that we’d cancel the show. But we showed up after all and we played after all.
I asked Kudin (Orkes Rakyat Tertindas) to back-up as the vocalist as he remembers
most of the songs. The big boss of DuBook Press, Mutalib Uthman also joined us to
sing along to the choruses of two songs; Petrol Petrol Petrol and Suara Kami.
We played six songs on that day. Other performers were SMXL, Petak
Daud, Shh…Diam!, Second Combat, Iqbal M, Delude and others. They also had book
launches of their new and old titles. Good event, thank you Mutalib Uthman,
Lucious Maximus and Jarr Nadjuddin the crew of DuBook Press. They were having a
big sale at 30% discount and invited other publishers, collectives, books and
zines vendors too.
Posted by
nizang
at
8:11 PM
0
comments
Labels: Gig report, News, reviews
Subscribe to:
Posts (Atom)






















